26 August 2016

Bangi Wonderland


Haa siapa minat aktiviti air tu nanti mai lah Bangi Wonderland Theme Park and Resort ni. Mesti syok kan. Yanie memang sukaaaaa pergi tempat2 macamni. *Sunway Lagoon pun belum jejak lagi. Anyone jom pergi jom jom jom.




HARGA:



PARK INFO


27 AUGUST 2016 BUKA

22 August 2016

W-orld (Korean Drama)






Siapa tengok drama ni?
Senyum sorang2 ja tengok drama ni aduh melting sendiri hahaha. comel betul watak Kang Chul dengan Oh Yeon Joo.

Synopsis

Oh Yeon-Joo is a surgeon whose father is a famous comic book creator. One day her dad goes missing and she rushes to his workshop to look for him, but instead finds a strange man bathed in blood. She gets kidnapped by the bloody man, which is where their story begins.
The drama takes place in 2016 Seoul, but in different dimensions that exist in parallel with one another. It’s described as a suspense romance melodrama about “a man and a woman who are living in the same time, but different worlds.”

Jom Tengok Online:


bila ianya berubah... timbul rasa rindu..


Everything changed.
Umur,
Sikap,
Pemikiran,
Orang,
Tempat,
Waktu,
Kawan,
Keadaan,
dan
Perasaan.

I do believe that everything happen for a reason. Allah dah atur sebaik-baiknya jalan dan kisah hidup seseorang, di mana hala tuju seseorang dan Allah adalah sebaik-baik pelaksana. Memalam gini tetiba terinduuu kisah lama.

Zaman kecik-kecik, zaman sekolah rendah, zaman sekolah menengah. Ya Allah, tak pernah sangka akan memendam rindu seberat ini. Entah, tiba-tiba rasa mcm kejap sangat masa berlalu. Dalam sekelip mata berjauhan dengan kawan-kawan, berpisah dengan kawan-kawan, keluarga dan paling sedih, kehilangan kawan yang sebelum ni blh di definisikan sbg "sebahagian diri kau"...

Serious rindu,
macam mana nak melupakan kalau terlalu BANYAK kenangan? merindui seorang sahabat lagi perit dari merindui KEKASIH. Selalu terfikir, di mana silap diri ini sehinggakan persahabatan yg bermula dgn kemanisan tergantung kepahitan. Menjadi tanda tanya apa kah ini sebuah pengakhiran? Di mana sumpah janji antara sahabat selama ini? Ke mana perginya kasih persahabatan selama ini?


Mungkin saya melakukan kesilapan, mungkin terlalu memaksa utk menjadikan persahabatan yg sempurna, but time macamni tersedar tiada KAWAN setanding dia. Terlalu berat utk cuba melupakan apa yg pernah terjalin. Dua-dua ego. Dua-dua degil. Awak, saya selalu berdoa agar suatu hari nanti persengketaan ini akan berakhir.


Awak perlu tahu,
walaupun saya tidak whatsapp, tidak pernah cuba bercakap, tidak pernah cuba jernihkan apa yg sudah keruh, tapi hati TIDAK pernah lupa. Minda selalu terpahat nama awak. Awak sentiasa dalam kenangan. Awak sentiasa jadi kawan saya sampai bila-bila.

Mohon jangan lupa, ingat lah KITA selalu. Walaupun untuk kembali bersahabat baik seperti dulu, mengertilah... kenangan kita kekal abadi. Sampai kita pergi meninggalkan dunia ini. Org sekeliling kita ramai jadi saksi PERSAHABATAN kita pernah terjalin suatu ketika dahulu.



Jujur, saya rinduu. Sangat sangat sangat sangat rindu. Saya menyesal dan kesal sangat persahabatan ini berakhir begini. Maafkan semua salah dan silap saya. Saya minta maaf andai termaki, terhina dan termarah, terlempar bahasa kesat kat awak. Sungguh! Saya amat menyesal jika saya pernah melukai seorang kawan yang selama ini tolong saya, selama ini ada di sisi saya, selama ini selalu jadi penasihat saya.

Maafkan saya , sahabat :)
PAUSE HERE

Get this tabber widget